Thursday 2 December 2021

HEBAHAN PROGRAM 100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

 

TEMPOH HEBAHAN : 29 NOVEMBER - 12 DISEMBER 2021


SEMPENA 100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA, AYUH SEMUA! ZAHIRKAN IMPIAN BERSAMA SEBAGAI SEBUAH KELUARGA. SERTAI CITRA MALAYSIA, WANITA BANGKIT, SUKAN RAKYAT, E-SPORT, ZIKIR BERKAH DAN BANYAK LAGI AKTIVITI MENARIK YANG BAKAL BERLANGSUNG DARI 9 HINGGA 12 DISEMBER 2021, BERMULA PUKUL 9:00 PAGI HINGGA 10:00 MALAM BERTEMPAT DI PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR (KLCC). UNTUK MAKLUMAT LANJUT, JOM LAYARI WWW.KELUARGAMALAYSIA.GOV.MY




Friday 26 November 2021

HEBAHAN KELEBIHAN YANG DIBERIKAN KEPADA BELIA DALAM BAJET 2022

 

     Lebih 25 manfaat diberikan kepada belia seperti e-start, Bantuan Keluarga Malaysia, Peranti Siswa dan JaminKerja


o    E-Start: RM150 dalam e-wallet Belia.


o    Program PerantiSiswa- semua pelajar universiti      yang berada dalam komuniti B40 (lebih kurang 600,000 pelajar) akan mendapat tablet.


o    Bantuan Keluarga Malaysia- RM350 untuk bujang dan RM2K untuk yang berkeluarga


o    JaminKerja - 600,000 peluang pekerjaan untuk para belia 


o    MyStep - 80,000 peluang pekerjaan untuk pekerja kontrak  dalam sektor kerajaan dan GLC.

 

o    Latihan upskilling dan reskilling juga disediakan untuk belia kerana kehendak industri sentiasa berubah.


o    Untuk mereka yang dalam pekerjaan informal seperti rider, artis, petani atau penjaja, kerajaan akan membiayai 80% caruman PERKESO


o    Bantuan disediakan untuk belia  yang mahu menceburi bidang perniagaan untuk  meminjam dari Bank Simpanan Nasional dan Agrobank.


Bagi maklumat mengenai manfaat Bajet 2022, sila layari budget.mof.gov.my/manfaat


Pesanan ini dibawakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia


#keluargaMalaysia #bajet202

 




HEBAHAN BAJET 2022 (PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT LUAR BANDAR TERMASUK SABAH & SARAWAK)

 

    Semasa merangka Bajet 2022, Kerajaan Persekutuan amat menitikberatkan pembangunan dan kesejahteraan        rakyat di kesemua negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak

    Sebahagian daripada peruntukkan untuk Sabah & Sarawak:


      Perbelanjaan pembangunan (Development Expenditure - DE) bagi Sabah dan Sarawak yang diterapkan di dalam Bajet 2022, sebanyak RM5.16 bilion  diperuntukkan untuk Sabah, manakala RM4.67 bilion diperuntukkan untuk Sarawak.


      Peruntukan DE sebanyak RM1.5 billion daripada jumlah keseluruhan RM2.5 billion untuk pembangunan infrastruktur luar bandar diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak


      Menaik taraf sekolah daif melibatkan peruntukan sebanyak RM746 juta dan daripada jumlah 330 projek sebanyak 112 projek di Sabah dan 165 projek di Sarawak.


      Pembiayaan kos pengangkutan dan pengedaran barang asas (LPG dan Petrol) ke kawasan luar bandar, khususnya Sabah dan Sarawak melibatkan peruntukan sebanyak RM200 juta.



Bagi maklumat mengenai manfaat Bajet 2022 sila layari budget.mof.gov.my/manfaat.


Pesanan ini dibawakan oleh kementerian kewangan Malaysia.


#keluargaMalaysia #bajet202





Thursday 18 November 2021

PROGRAM : PROMOSI JALUR LEBAR 2021 - MYDIGITAL.KKMM

Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi sedang menganjurkan Program Promosi Jalur Lebar 2021 melalui Portal MyDIGITAL KKMM. Portal ini juga turut menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan daripada kesemua 26 kementerian serta beberapa syarikat telekomunikasi

 

(HEBAHAN SIARAN : 16 NOVEMBER - 15 DISEMBER 2021)

 

Jangan ketinggalan untuk memeriahkan pelbagai aktiviti dan program menarik dari sektor kerajaan dan swasta serta terokai informasi digital terkini di laman web https://mydigital.kkmm.my/






Friday 13 August 2021

HEBAHAN XPRESI MERDEKA DI SELANGORFM

 




Xpresi Merdeka di Selangorfm 


Untuk anda yang suka berkaraoke, ayuh tonjolkan bakat nyanyian anda dengan menyanyikan lagu-lagu Patriotik dalam segmen Xpresi Merdeka di SELANGORfm bersama- sama Hafiz, setiap hari Ahad pukul 2 hingga 4 petang sepanjang bulan Ogos ini. Pilih lagu patriotik kegemaran anda dan hubungi Hafiz di talian  (03-22873203) atau anda juga boleh menghantarkan rakaman nyanyian anda menerusi pesanan suara di talian Whatsapps (019-3304425)

#MalaysiaPrihatin 

#DemiNegara



Saturday 7 August 2021

HEBAHAN : RANCANGAN KHAS HARI MALAYSIA 2021 (TV2)

 


TELEMOVIE : PESAN DARI TUHAN (ulangan)

 13.9.2021 (ISNIN)

 9:00-11:00 MALAM

Kisah pergolakan dalam keluarga antara Sulaiman dan abang iparnya Jamil dalam perebutan kuasa dan kampungnya pula ditimpa musibah banjir. Adakah mereka akan berbaik semula?

Lakonan : Remy Ishak, Ellie Suriati, Azhan Rani, Izreen Azminda 




TELEMOVIE KHAS HARI MALAYSIA: SESEKALI (ulangan)

14.9.2021 (SELASA)

9:00-11:00 MALAM

Telemovie terbitan Unit Drama TV RTM yang mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa bernama Amrin yang membesarkan anak perempuannya berumur enam tahun bernama Kemboja sendirian setelah kematian isteri. 

Pelakon: Beto Kusyairy, Azhan Rani, Puteri Rafasya, Shazman Isaac, Noorkhiriah, Hariry Jalil, Norasmahani





PROGRAM HIBURAN : KONSERT DUO LEGENDA (ULANGAN)

15.9.2021 (RABU) 

9:00-11:00 MALAM

Konsert Duo Lagenda adalah gandingan antara seorang Raja Pop dan seorang guru. Gabungan persembahan dua penyanyi lagenda tersohor, Dato M. Nasir dan Dato’ Jamal Abdillah mengimbau permulaan beliau sebagai artis ketika menjadi Juara Bintang RTM.

Artis :  Dato’ Jamal Abdillah, Datuk M.Nasir,  Tun Siti Hasmah, Osama Yamani Abdillah, Cassidy Anderson




-

Monday 26 July 2021

MESYUARAT KHAS PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS


Ikuti  Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas secara langsung di TV1 dan Saluran Berita RTM di Myfreeview 123 setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari mulai 26 Julai hingga 5 Ogos 2021.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas juga boleh diikuti secara langsung di laman ‘RTM,PARLIMEN’ di https://rtmparlimen.rtm.gov.my melalui aplikasi ‘RTM KLIK’ di https://rtmklik.rtm.gov.my setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 pagi hingga 5.30 petang mulai 26 Julai hingga 5 Ogos 2021.

*Dan anda boleh juga ikut LAPORAN PARLIMENnya  setiap Isnin hingga Khamis jam 9.00 malam di Selangorfm menerusi Bilik Berita Radio RTM.



Friday 16 July 2021

PEMBUKAAN PPV MEWAH CLUB DI BUKIT MEWAH KAJANG


Untuk makluman semua... PPV MEWAH CLUB, di Bukit Mewah Kajang menyediakan kemudahan shuttle bus dari KTMB Kajang ke PPV MEWAH CLUB BUKIT MEWAH KAJANG. Perkhidmatan shuttle bus ini bermula pukul 730 pagi hingga 5.30 petang.


Jadi... Kepada penerima vaksin di PPV MEWAH CLUB BUKIT MEWAH KAJANG boleh lah menggunakan perkhidmatan shuttle bus ini.



Monday 12 July 2021

HEBAHAN PROGRAM-PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2021

SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2021, JABATAN PENERANGAN MALAYSIA (JAPEN) AKAN MENGANJURKAN BEBERAPA PROGRAM MENARIK.

USAHA INI BAGI MENGGALAKKAN PENYERTAAN AKTIF SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DAN MERUPAKAN LANGKAH AWAL UNTUK MEMBINA MOMENTUM BAGI MENYEMARAKKAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2021.









Thursday 8 July 2021

HEBAHAN SCREENING PELAWAAN MENYERTAI SESI SCREENING KEPERLUAN PROGRAM TV TEMPATAN (SWASTA) BAGI PRODUK SIAP

(HEBAHAN : 6 - 27 JULAI 2021)

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM) MEMPELAWA PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM) UNTUK MENYERTAI SESI (SCREENING) PROGRAM TV TEMPATAN (SWASTA) BAGI PEMBEKALAN PRODUK SIAP UNTUK SIARAN TV RTM. PENDAFTARAN BAGI SESI SCREENING INI AKAN MULA DIBUKA PADA 8 JULAI 2021 HINGGA 27 JULAI SECARA DALAM TALIAN. SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT BOLEH DIPEROLEHI DI LAMAN SESAWANG www.rtm.gov.my , www.kkmm.gov.my DAN www.ukk.rtm.gov.my (TVCMS)



Friday 5 March 2021

PROGRAM CIAST MELAHIRKAN TENAGA PENGAJAR KEMAHIRAN TVET DI SELURUH MALAYSIA

(HEBAHAN SEHINGGA 31 MAC 2021)

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN atau CENTRE FOR INSTRUCTOR AND ADVANCED SKILL TRAINING yang lebih dikenali sebagai CIAST merupakan sebuah institut latihan awam di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).

CIAST melahirkan tenaga pengajar kemahiran TVET di seluruh Malaysia melalui kursus Sijil Pengajar Vokasional Training Operation (VTO). Kursus ini terbuka kepada pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang-bidang kemahiran yang berhasrat untuk menjadi tenaga pengajar kemahiran TVET.

CIAST juga menawarkan kursus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang-bidang Elektronik, Kimpalan, Mekatronik, Automotif, Sistem Komputer, Komputer Rangkaian dan Pengeluaran.

Selain Kursus-kursus Diploma, CIAST juga melaksanakan kursus pendek untuk peningkatan kemahiran dalam bidang-bidang Elektronik, Kimpalan, Mekatronik, Automotif, Sistem Komputer, Komputer Rangkaian dan Pengeluaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program latihan dan kursus-kursus yang ditawarkan di CIAST, sila layarai www.ciast.gov.my dan ekursus.ciast.gov.my untuk maklumat lanjut.



Monday 25 January 2021

HEBAHAN : UJIAN LISAN CEFR-READINESS (KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)

 LIVE READ:

(SIARAN 25 JANUARI 2021 SAHAJA)

Dimaklumkan bahawa English Language Teaching Centre Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan ujian lisan dan bertulis bagi guru-guru bahasa inggeris seperti berikut:

Ujian lisan CEFR-Readiness bagi guru bahasa inggeris akan diadakan pada 26 & 27 Januari dan 2, 3, 4, 8 Februari 2021.

Ujian bertulis pada 6 Februari 2021.

Slip pendaftaran baharu boleh dicetak di laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia mulai 6 Januari 2021.




Monday 11 January 2021

CARTA HITS SELANGORFM!

 

10 LAGU DIPERTARUHKAN SETIAP MINGGU. LAGU MANAKAH YANG MENJADI PILIHAN? DENGARKAN CARTA HITS SELANGORFM SETIAP HARI SABTU JAM 10.00 PAGI

 

PENCALONAN BARU:

TEMAN - IMAN TROYE

TAK MAU MAU - AIDILIA HILDA

PASRAH - DAMIA

CHIKADUN - FLOOR 88

PURNAMA - NAIM DANIEL

ANGKARA - SITI NORDIANA

DURJA - KHAI BAHAR

ENTAH APA - EPUL ROZA & SARAH SUHAIRI

SAKITNYA HATI - VENUS

4 DARA - FAIZAL TAHIR, ELLY, ZIZI KIRANA

 

FORMAT UNDIAN LAGU CARTA HITS SELANGORFM:

TAIPKAN  >>>> TAJUK LAGU & ARTIS HANTARKAN KE 019 330 4425

 


Wednesday 6 January 2021

HEBAHAN : RTM MOBILE & MYKLIK KINI DIKENALI SEBAGAI RTMKLIK


RTM Mobile dan MyKlik kini bertukar wajah kepada RTM Klik mulai 1 Januari 2021.

Muat turun Aplikasi RTMKlik sekarang di aplikasi Google play & App Store.

Layari laman sesawang baharu di rtmklik.rtm.gov.my