(HEBAHAN SEHINGGA 31 MAC 2021)
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN atau CENTRE FOR INSTRUCTOR AND ADVANCED SKILL TRAINING yang lebih dikenali sebagai CIAST merupakan sebuah institut latihan awam di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).
CIAST melahirkan tenaga pengajar kemahiran TVET di seluruh Malaysia melalui kursus Sijil Pengajar Vokasional Training Operation (VTO). Kursus ini terbuka kepada pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang-bidang kemahiran yang berhasrat untuk menjadi tenaga pengajar kemahiran TVET.
CIAST juga menawarkan kursus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang-bidang Elektronik, Kimpalan, Mekatronik, Automotif, Sistem Komputer, Komputer Rangkaian dan Pengeluaran.
Selain Kursus-kursus Diploma, CIAST juga melaksanakan kursus pendek untuk peningkatan kemahiran dalam bidang-bidang Elektronik, Kimpalan, Mekatronik, Automotif, Sistem Komputer, Komputer Rangkaian dan Pengeluaran.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program latihan dan kursus-kursus yang ditawarkan di CIAST, sila layarai www.ciast.gov.my dan ekursus.ciast.gov.my untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment