Friday 26 November 2021

HEBAHAN BAJET 2022 (PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT LUAR BANDAR TERMASUK SABAH & SARAWAK)

 

    Semasa merangka Bajet 2022, Kerajaan Persekutuan amat menitikberatkan pembangunan dan kesejahteraan        rakyat di kesemua negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak

    Sebahagian daripada peruntukkan untuk Sabah & Sarawak:


      Perbelanjaan pembangunan (Development Expenditure - DE) bagi Sabah dan Sarawak yang diterapkan di dalam Bajet 2022, sebanyak RM5.16 bilion  diperuntukkan untuk Sabah, manakala RM4.67 bilion diperuntukkan untuk Sarawak.


      Peruntukan DE sebanyak RM1.5 billion daripada jumlah keseluruhan RM2.5 billion untuk pembangunan infrastruktur luar bandar diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak


      Menaik taraf sekolah daif melibatkan peruntukan sebanyak RM746 juta dan daripada jumlah 330 projek sebanyak 112 projek di Sabah dan 165 projek di Sarawak.


      Pembiayaan kos pengangkutan dan pengedaran barang asas (LPG dan Petrol) ke kawasan luar bandar, khususnya Sabah dan Sarawak melibatkan peruntukan sebanyak RM200 juta.



Bagi maklumat mengenai manfaat Bajet 2022 sila layari budget.mof.gov.my/manfaat.


Pesanan ini dibawakan oleh kementerian kewangan Malaysia.


#keluargaMalaysia #bajet202





No comments:

Post a Comment