Tuesday, 8 February 2022

HARI KESELAMATAN INTERNET 2022 - EDISI MALAYSIA


(Tempoh hebahan : 8 - 22 Februari 2022)

Sempena Hari Keselamatan Internet 2022 - Edisi Malaysia pada 8 Februari 2022 bertemakan 'KITA Siber', CyberSecurity Malaysia, pusat pakar teknikal keselamatan siber dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) ingin menggesa warga digital Keluarga Malaysia untuk mengamalkan sikap bertanggungjawab ke atas diri sendiri serta orang lain bagi mewujudkan Keluarga Siber Malaysia yang sejahtera dan progresif.

Marilah kita bersama-sama menghayati tema sambutan yang meliputi elemen kesejahteraan komuniti digital iaitu Komunikasi, Inklusif, Tanggungjawab dan Akrab atau KITA, bagi mewujudkan persekitaran siber yang harmoni serta menjadi warga digital Kleuarga Malaysia yang memiliki nilai moral yang tinggi, memupuk sahsiah dan etika yang positif semasa berada dalam talian.

Layari portal CyberSAFE.my untuk maklumat lanjut mengenai Hari Keselamatan Internet 2022 - Edisi Malaysia.



No comments:

Post a Comment