Monday, 28 February 2022

HEBAHAN : JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA - JOHOR

 (TEMPOH HEBAHAN : 26 FEBRUARI - 5 MAC 2022)


Kunjungi JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA - JOHOR pada 3 - 5 Mac 2022 bermula pukul 9.00 pagi hingga 8.00 malam di Dataran Angsana Johor Bahru Mall. Pelbagai pameran dan perkhidmatan kerajaan disediakan terus kepada rakyat. Untuk maklumat lanjut sila layari laman media sosial rasmi Keluarga Malaysia.

Pengunjung digalakkan untuk membuat ujian RTK kendiri sebelum berkunjung ke tapak jelajah. Patuhi SOP dan amalkan TRIIS. Jumpa anda di sana!



Thursday, 17 February 2022

HEBAHAN TAWARAN PENAJAAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2022

 

(TEMPOH HEBAHAN : 14 - 27 FEBRUARI 2022)



SKRIP HEBAHAN

 

"Pelawaan penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2022 kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) mulai 14 hingga 27 Februari 2022.

 Layari http://esilav2.jpa.gov.my untuk maklumat lanjut."



Tuesday, 8 February 2022

HARI KESELAMATAN INTERNET 2022 - EDISI MALAYSIA


(Tempoh hebahan : 8 - 22 Februari 2022)

Sempena Hari Keselamatan Internet 2022 - Edisi Malaysia pada 8 Februari 2022 bertemakan 'KITA Siber', CyberSecurity Malaysia, pusat pakar teknikal keselamatan siber dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) ingin menggesa warga digital Keluarga Malaysia untuk mengamalkan sikap bertanggungjawab ke atas diri sendiri serta orang lain bagi mewujudkan Keluarga Siber Malaysia yang sejahtera dan progresif.

Marilah kita bersama-sama menghayati tema sambutan yang meliputi elemen kesejahteraan komuniti digital iaitu Komunikasi, Inklusif, Tanggungjawab dan Akrab atau KITA, bagi mewujudkan persekitaran siber yang harmoni serta menjadi warga digital Kleuarga Malaysia yang memiliki nilai moral yang tinggi, memupuk sahsiah dan etika yang positif semasa berada dalam talian.

Layari portal CyberSAFE.my untuk maklumat lanjut mengenai Hari Keselamatan Internet 2022 - Edisi Malaysia.



Wednesday, 2 February 2022

HEBAHAN UNTUK SAMBUTAN BULAN SOLAT KEBANGSAAN

 

(TEMPOH HEBAHAN : SEHINGGA 3 MAC 2022) 


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama agensi-agensi agama persekutuan dan negeri akan mengadakan Sambutan Bulan Solat Kebangsaan sepanjang bulan Rejab tahun 1443 Hijri.


Objektif program ini adalah untuk menerapkan kesedaran dan pemahaman umat Islam tentang kewajipan dan hikmah solat. Keluarga Malaysia adalah dijemput untuk mengikuti program yang disusun sepanjang Bulan Rejab ini di seluruh negara. 

........................................................................................................................................

Majlis Pelancaran peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 4 Februari 2022 bersamaan 2  Rejab 1443H di Kompleks Islam Putrajaya. 

**(hebahan sehingga 4 Februari)