Tuesday 29 September 2020

SISTEM TEMUJANJI DI KLINIK KESIHATAN NEGERI SELANGOR DENGAN NORMA BAHARU

Berikutan Pandemik COVID-19, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah melaksanakan sistem temujanji di semua klinik kesihatan.

Tujuan perlaksanaan sistem temujanji ini adalah untuk mengurangkan kesesakan dan risiko jangkitan COVID-19

Sehubungan itu kami memohon kerjasama dari semua pesakit yang ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan di klinik kesihatan untuk MENDAPATKAN TEMUJANJI terlebih dahulu di klinik berdekatan, KECUALI BAGI KES-KES KECEMASAN

Pesakit juga diminta untuk mematuhi tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan.

Kegagalan mematuhi temujanji ini akan mengakibatkan pesakit berisiko untuk menunggu dengan lebih lama atau diberikan temujanji semula pada hari yang berlainan.

Untuk medapatkan maklumat lanjut berkenaan sistem temujanji di klinik kesihatan sila layari laman web rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di www.jknselangor.moh.gov.my

Facebook rasmi : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


No comments:

Post a Comment