KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM) INGIN MEMPELAWA SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERUMUR 15 TAHUN KE ATAS UNTUK MENYUMBANGKAN LOGO DAN TAGLINE SEMPENA KEMPEN KESEDARAN COVID-19. PERTANDINGAN INI DIBUKA MULAI 1 JULAI HINGGA 10 JULAI 2020. LOGO DAN TAGLINE YANG TERPILIH AKAN DIGUNAKAN SEBAGAI IDENTITI RASMI SEPANJANG KEMPEN KESEDARAN COVID-19 YANG AKAN DILANCARKAN SEBELUM AKHIR JULAI 2020.
PERTANDINGAN INI MEMBUKA PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA SAMA ADA YANG BERADA DI DALAM DAN LUAR NEGARA UNTUK MENZAHIRKAN KREATIVITI DALAM USAHA MENYOKONG NORMAL BAHARU SEBAGAI GAYA HIDUP SETELAH NEGARA BERJAYA MENGAWAL PENULARAN WABAK COVID-19. JUSTERU, PENYERTAAN RAKYAT MALAYSIA DALAM PERTANDINGAN INI AMAT DIALU-ALUKAN SEBAGAI TANDA SOKONGAN DAN KESEPAKATAN DALAM MENGHADAPI SITUASI INI.
HADIAH BAGI PEMENANG TEMPAT PERTAMA PERTAMA ADALAH WANG TUNAI RM5,000.00, TEMPAT KEDUA RM3,000.00 DAN TEMPAT KETIGA RM1,000.00 YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN.
MAKLUMAT LANJUT DAN SYARAT PENYERTAAN BOLEH DIDAPATI DI LAMAN SESAWANG KKMM www.kkmm.gov.my ATAU LAMAN SESAWANG JABATAN PENERANGAN MALAYSIA (JaPen) DI ALAMAT www.penerangan.gov.my
No comments:
Post a Comment