Wednesday, 8 July 2020

PERTANDINGAN ULASAN BUKU DALAM TALIAN : "HARAPAN, DIMANAKAH KAMU?"






IBUBAPA, CIKGU-CIKGU, ADA BERITA BAIK UNTUK ANAK-ANAK ANDA MENGISI MASA DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH. JOM BACA BUKU YANG DISEDIAKAN DAN BUAT ULASAN DALAM BENTUK VIDEO. MANA TAHU BOLEH MENANG KAN... TERBUKA KEPADA PESERTA BERUMUR 9 - 12 TAHUN, TARIKH TUTUP PADA 31 JULAI 2020.

BUKU 'HARAPAN, DIMANAKAH KAMU?' : https://bit.ly/bukuharapan

BORANG PENYERTAAN : https://bit.ly/ulasanbukuharapan

MAKLUMAT LANJUT LAYARI : www.pnm.gov.my

IKUTI INSTAGRAM pnm_rasmi ATAU FACEBOOK PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA UNTUK MAKLUMAT LANJUT.





Friday, 3 July 2020

PERTANDINGAN LOGO DAN TAGLINE KEMPEN KESEDARAN COVID-19





KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM) INGIN MEMPELAWA SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERUMUR 15 TAHUN KE ATAS UNTUK MENYUMBANGKAN LOGO DAN TAGLINE SEMPENA KEMPEN KESEDARAN COVID-19. PERTANDINGAN INI DIBUKA MULAI 1 JULAI HINGGA 10 JULAI 2020. LOGO DAN TAGLINE YANG TERPILIH AKAN DIGUNAKAN SEBAGAI IDENTITI RASMI SEPANJANG KEMPEN KESEDARAN COVID-19 YANG AKAN DILANCARKAN SEBELUM AKHIR JULAI 2020.
PERTANDINGAN INI MEMBUKA PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA SAMA ADA YANG BERADA DI DALAM DAN LUAR NEGARA UNTUK MENZAHIRKAN KREATIVITI DALAM USAHA MENYOKONG NORMAL BAHARU SEBAGAI GAYA HIDUP SETELAH NEGARA BERJAYA MENGAWAL PENULARAN WABAK COVID-19. JUSTERU, PENYERTAAN RAKYAT MALAYSIA DALAM PERTANDINGAN INI AMAT DIALU-ALUKAN SEBAGAI TANDA SOKONGAN DAN KESEPAKATAN DALAM MENGHADAPI SITUASI INI.

HADIAH BAGI PEMENANG TEMPAT PERTAMA PERTAMA ADALAH WANG TUNAI RM5,000.00, TEMPAT KEDUA RM3,000.00 DAN TEMPAT KETIGA RM1,000.00 YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN.

MAKLUMAT LANJUT DAN SYARAT PENYERTAAN BOLEH DIDAPATI DI LAMAN SESAWANG KKMM www.kkmm.gov.my ATAU LAMAN SESAWANG JABATAN PENERANGAN MALAYSIA (JaPen) DI ALAMAT www.penerangan.gov.my



HEBAHAN AKAUN INSTAGRAM RASMI TV2 YANG BAHARU

DIMAKLUMKAN AKAUN INSTAGRAM TV2 YANG RASMI TELAH DIGODAM PADA 24 MEI 2020 OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

SEHUBUNGAN ITU, TEAM TV2 MENJEMPUT PENDENGAR SELANGORFM UNTUK MENGIKUTI AKAUN INSTAGRAM TV2 YANG BAHARU IAITU tv2_rtm UNTUK MENDAPATKAN PELBAGAI MAKLUMAT BERKENAAN PROGRAM-PROGRAM MENARIK YANG AKAN DISIARKAN DI SALURAN TV2.







Wednesday, 1 July 2020

HEBAHAN : PENUTUPAN JALAN DI PERSIARAN BUKIT RAJA, KLANG MULAI 30 JUN 2020 HINGGA 31 JULAI 2020


DIMAKLUMKAN BAHAWA JALAN KE PERSIARAN BUKIT RAJA, KLANG BERDEKATAN KAWASAN AEON BUKIT RAJA DAN LEBUHRAYA GRAND SEPADU AKAN DITUTUP SECARA BERPERINGKAT MULAI 30 JUN 2020 HINGGA 31 JULAI 2020 (ISNIN HINGGA AHAD) BERIKUTAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PROJEK LRT3 YANG SEDANG DIJALANKAN. KERJASAMA PARA PEMANDU DI KAWASAN INI AMAT DIHARGAI.