Wednesday 15 January 2020

RANCANGAN MAJALAH HIBURAN TERBAHARU #HTV!


Unit Hiburan TV, RTM akan menerbitkan rancangan majalah hiburan yang diberi tajuk #HTV!

PROGRAM : #HTV!
TARIKH : bermula 19 JANUARI 2020
HARI : AHAD
MASA : 1.30 TENGAHARI
SIARAN : TV1

Rancangan hiburan santai ini akan membawakan pelbagai topik berkaitan industri hiburan tanah air, temubual selebriti dan mempromosikan kumpulan-kumpulan muzik indie.

Melalui segmen 'Zon Indie' yang ada dalam rancangan #HTV! , Unit Hiburan TV dengan kerjasama stesen-stesen radio RTM seluruh negara mencungkil bakat anak-anak muda dalam mempromosikan mereka yang memperjuangkan muzik indie.




No comments:

Post a Comment