Wednesday 6 March 2019

Latihan Khas untuk Pelajar Pekak dan Bisu



Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 
Shah Alam (PSA) 
adalah sebuah institusi TVET 
yang menawarkan program peringkat Ijazah 
secara work-based learning, diploma dan sijil kejuruteraan
mekanikal (khas untuk pelajar pekak dan bisu). 

PSA juga menawarkan latihan dalam program
pembelajaran sepanjang hayat kepada orang ramai 
seperti kursus pendek dan kursus terlanggan
yang direkabentuk mengikut keperluan 
individu dan syarikat.

Di samping itu, 
PSA turut menawarkan 
program Diploma Separa Masa 
dalam bidang Kejuruteraan Awam, 
Kejuruteraan Mekanikal, 
Kejuruteraan Elektronik Komunikasi, 
Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan 
dan Pengajian Perniagaan. 

Semua program ini telah diakreditasi oleh MQA 
dan kelas hanya pada hujung minggu. 
Pembiayaan adalah melalui KWSP, PTPTN, 
tajaan syarikat atau sendiri.

Permohonan telah dibuka bermula 12 Mac - 9 April 2019.

Layari www.psa.edu.my untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment