Tuesday 12 February 2019

TRIVIA - HARI RADIO SEDUNIA




TRIVIA – HARI RADIO SEDUNIA

Setiap tanggal 13 Februari, masyarakat di seluruh dunia akan merayakan sambutan Hari Radio Sedunia. Radio merupakan salah satu media yang digunakan seluruh dunia untuk mendapatkan  informasi.

13 Februari setiap tahun, ditetapkan sebagai World Radio Day, kerana bertepatan dengan tertubuhnya Radio PBB (United Nation Radio) pada 13 Februari -1946.

Idea mengadakan sambutan ini datangnya dari Spanish Academy of Radio yang merupakan delegasi tetap Radio PBB.

Pada 14 Januari 2013, Majlis Umum PBB, secara rasmi, mengiktiraf  tarikh 13 Februari sebagai ‘World Radio Day’  ataupun  Hari Radio Sedunia,  menjadi hari yang dapat dirayakan oleh semua negara anggota PBB.

Pada tahun 2009, Malaysia menjadi negara yang ketiga di dunia, selepas Rusia dan Belanda, yang mengadakan Hari Radio Sedunia bagi meraikan semua stesen radio di Malaysia.

Pada tahun ini, Hari Radio Sedunia, UNESCO mengangkat tema ‘Dialog, Toleransi dan Keamanan’.

Selamat Hari Radio Sedunia 2019

No comments:

Post a Comment