Wednesday, 20 February 2019

PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG - SESI PENGAJIAN 2019 / 2020



JABATAN PERKHIDMATAN AWAM


PELAWAN PENAJAAN BIASISWAYANG DIPERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2019 / 2020




Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYPDA), Sesi Pengajian 2019 / 2020, bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Permohonan telah dibuka secara dalam talian (on-line) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my.  Syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan juga boleh diperolehi di portal http://esilav2.jpa.gov.my.

Sebarang maklumat lanjut mengenai penawaran ini, sila layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03-8885 3546 / 3053 / 3438  pada setiap hari bekerja mulai pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel pada ldp@jpa.gov.my.


Sekian, terima kasih. 
                                                                            

BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG (BYPDA) SESI PENGAJIAN 2019/2020









Tuesday, 12 February 2019

TRIVIA - HARI RADIO SEDUNIA




TRIVIA – HARI RADIO SEDUNIA

Setiap tanggal 13 Februari, masyarakat di seluruh dunia akan merayakan sambutan Hari Radio Sedunia. Radio merupakan salah satu media yang digunakan seluruh dunia untuk mendapatkan  informasi.

13 Februari setiap tahun, ditetapkan sebagai World Radio Day, kerana bertepatan dengan tertubuhnya Radio PBB (United Nation Radio) pada 13 Februari -1946.

Idea mengadakan sambutan ini datangnya dari Spanish Academy of Radio yang merupakan delegasi tetap Radio PBB.

Pada 14 Januari 2013, Majlis Umum PBB, secara rasmi, mengiktiraf  tarikh 13 Februari sebagai ‘World Radio Day’  ataupun  Hari Radio Sedunia,  menjadi hari yang dapat dirayakan oleh semua negara anggota PBB.

Pada tahun 2009, Malaysia menjadi negara yang ketiga di dunia, selepas Rusia dan Belanda, yang mengadakan Hari Radio Sedunia bagi meraikan semua stesen radio di Malaysia.

Pada tahun ini, Hari Radio Sedunia, UNESCO mengangkat tema ‘Dialog, Toleransi dan Keamanan’.

Selamat Hari Radio Sedunia 2019