Tuesday 8 March 2022

HEBAHAN HARI KOMANWEL SIARAN 14 MAC 2022

 HEBAHAN RADIO

(TARIKH HEBAHAN HANYA PADA 14 MAC 2022)


Versi bahasa Melayu :

14 Mac merupakan hari yang istimewa bagi Malaysia dan 53 Negara-negara Anggota Komanwel yang lain dalam meraikan Hari Komanwel.

Pada tahun 2022, Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel ke-26 akan diadakan di Kigali, Republik Rwanda. Keluarga Komanwel akan bekerjasama dalam mewujudkan masa depan bersama melalui pembangunan inovasi, kesalinghubungan dan transformasi ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan.

Selamat Hari Komanwel!


sedikit info : Hari Komanwel disambut oleh masyarakat antarabangsa pada hari Isnin kedua bulan Mac setiap tahun dan tema sambutan pada tahun ini ialah "Delivering a Common Future — Connecting, Innovating, Transforming".





Wednesday 2 March 2022

PROGRAM ‘RIUH EK! BERSAMA UNIFI’


(TEMPOH HEBAHAN : SEHINGGA 5 MAC 2022)



SKRIP HEBAHAN

Kunjungi ‘RIUH EK! BERSAMA UNIFI’ di Arena Warna, Ayer Hitam, Johor 3 - 5 Mac. Persembahan dari SEARCH, ORKES A HIZADIN, pameran seni dan banyak lagi! Patuhi SOP & amalkan TRIIS.