Friday 13 August 2021

HEBAHAN XPRESI MERDEKA DI SELANGORFM

 




Xpresi Merdeka di Selangorfm 


Untuk anda yang suka berkaraoke, ayuh tonjolkan bakat nyanyian anda dengan menyanyikan lagu-lagu Patriotik dalam segmen Xpresi Merdeka di SELANGORfm bersama- sama Hafiz, setiap hari Ahad pukul 2 hingga 4 petang sepanjang bulan Ogos ini. Pilih lagu patriotik kegemaran anda dan hubungi Hafiz di talian  (03-22873203) atau anda juga boleh menghantarkan rakaman nyanyian anda menerusi pesanan suara di talian Whatsapps (019-3304425)

#MalaysiaPrihatin 

#DemiNegara



Saturday 7 August 2021

HEBAHAN : RANCANGAN KHAS HARI MALAYSIA 2021 (TV2)

 


TELEMOVIE : PESAN DARI TUHAN (ulangan)

 13.9.2021 (ISNIN)

 9:00-11:00 MALAM

Kisah pergolakan dalam keluarga antara Sulaiman dan abang iparnya Jamil dalam perebutan kuasa dan kampungnya pula ditimpa musibah banjir. Adakah mereka akan berbaik semula?

Lakonan : Remy Ishak, Ellie Suriati, Azhan Rani, Izreen Azminda 




TELEMOVIE KHAS HARI MALAYSIA: SESEKALI (ulangan)

14.9.2021 (SELASA)

9:00-11:00 MALAM

Telemovie terbitan Unit Drama TV RTM yang mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa bernama Amrin yang membesarkan anak perempuannya berumur enam tahun bernama Kemboja sendirian setelah kematian isteri. 

Pelakon: Beto Kusyairy, Azhan Rani, Puteri Rafasya, Shazman Isaac, Noorkhiriah, Hariry Jalil, Norasmahani





PROGRAM HIBURAN : KONSERT DUO LEGENDA (ULANGAN)

15.9.2021 (RABU) 

9:00-11:00 MALAM

Konsert Duo Lagenda adalah gandingan antara seorang Raja Pop dan seorang guru. Gabungan persembahan dua penyanyi lagenda tersohor, Dato M. Nasir dan Dato’ Jamal Abdillah mengimbau permulaan beliau sebagai artis ketika menjadi Juara Bintang RTM.

Artis :  Dato’ Jamal Abdillah, Datuk M.Nasir,  Tun Siti Hasmah, Osama Yamani Abdillah, Cassidy Anderson




-