Wednesday, 25 March 2020

HEBAHAN PENGUMUMAN KHIDMAT AWAM (PKA) :KES PENIPUAN BELIAN ATAS TALIAN BERKAITAN COVID-19

DIMAKLUMKAN PIHAK JABATAN SIATAN JENAYAH KOMERSIAL L, POLIS DIRAJA MALAYSIA (JSJK, PDRM) TELAH MENERIMA BANYAK LAPORAN BERKAITAN KES PENIPUAN BELIAN ATAS TALIAN PRODUK TOPENG MUKA DAN SANITIZER.


HEBAHAN 1:

PDRM MENASIHATKAN ORANG RAMAI BERHATI-HATI KETIKA MEMBUAT PEMBELIAN TOPENG MUKA DI LAMAN SOSIAL UNTUK MENGELAKKAN DARI DITIPU. SEMAK AKAUN BANK DI APLIKASI 'CHECK SCAMMER CCID' ATAU LAMAN WEB 'SEMAKMULE' SEBELUM MEMBUAT TRANSAKSI.


HEBAHAN 2:

PENINGKATAN KES PENIPUAN PENJUALAN TOPENG MUKA DILAMAN SOSIAL MENINGKAT DENGAN MENDADAK DAN MEMBIMBANGKAN. PDRM MENASIHATKAN PEMBELI SUPAYA BERHATI-HATI KETIKA MEMBUAT PEMBELIAN ATAS TALIAN TERUTAMANYA PEMBELIAN TOPENG MUKA.



HEBAHAN BAGI MAKLUM BALAS MAJLIS TINDAKAN EKONOMI ATAU ECONOMIC ACTION COUNCIL (EAC)


DIMAKLUMKAN SEKRETARIAT MAJLIS TINDAKAN EKONOMI (UNIT PERANCANG EKONOMI & KEMENTERIAN KEWANGAN) TELAH MENUBUHKAN SATU PLATFORM KHUSUS UNTUK ORANG RAMAI BERKONGSI MAKLUM BALAS BAGI MENSTABIL DAN MENGUKUHKAN EKONOMI NEGARA. MAKLUM BALAS YANG DIKEMUKAKAN AKAN DIPERINCI UNTUK DIJADIKAN INPUT KEPADA MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN EKONOMI ATAU ECONOMIC ACTION COUNCIL (EAC) YANG DIADAKAN PADA SETIAP MINGGU.



SKRIP HEBAHAN DI RADIO:

ORANG RAMAI DAN SEKTOR SWASTA DIPELAWA SALURKAN MAKLUM BALAS BAGI MENSTABILKAN DAN MENGUKUHKAN EKONOMI NEGARA. KONGSIKAN MAKLUM BALAS ANDA KEPADA SEKRETARIAT MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELALUI www.mea.gov.my/ms/ekonomikita






Thursday, 12 March 2020

HARI KARNIVAL TANAH SELANGOR "HARI PENGECUALIAN FI TUNGGAKAN CUKAI TANAH/PETAK"

Karnival Tanah Selangor
Hari Pengurangan Fi Tunggakan Cukai Tanah Dan Petak*
Tarikh Karnival : 14 Mac 2020
Tempat : Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Facebook Rasmi Pejabat Tanah Dan Galian Selangor : https://www.facebook.com/ptgselangor
*Pada 14 dan 15 Mac 2020 (2 hari sahaja) di setiap Pejabat Daerah Dan Tanah seluruh Negeri Selangor